Marketing Meletup

Mentoring Marketing Rapat Untuk Pemilik Bisnes Selama 12 Bulan

Salam Pemilik Bisnes,

  • Mahukah tarik lebih ramai pelanggan dan kembangkan bisnes?
  • Sudah kecewa dengan pembaziran wang dan masa dengan marketing yang tiada hasil?
  • Rasa info overload dan berpusing-pusing di round-about tanpa henti?
  • Kadang-kadang ada rasa keseorangan dalam perjalanan dunia keusahawanan yang menggila?

Tahniah Kerana Berani Menjadi Seorang Usahawan

Ia memerlukan visi yang tinggi, dedikasi dan kebijksanaan untuk menjalankan bisnes yang sukses. Bukan calang-calang orang yang boleh melaluinya.

Ramai pemilik bisnes membazirkan masa dan wang untuk benda yang tiada hasilnya. Marketing bukanlah satu subjek yang kita belajar di sekolah. Sebab itulah kami wujudkan program Marketing Meletup. Ia satu program mentoring marketing langkah-demi-langkah selama 12 bulan bagi pemilik bisnes yang ingin mengembangkan perniagaan.

Tujuan marketing adalah untuk menarik dan mendidik pelanggan yang responsif. Bukan menarik pelanggan yang bosan dan mendesak-desak.

Marketing haruslah menjemput dan tarik customer yang betul seperti magnet. Bukan kita yang terhegeh-hegeh memburu customer.

Kenapa Memahami Marketing Sangat Penting Untuk Pemilik Bisnes?

Setiap pemilik bisnes mesti sekurang-kurangnya faham strategi marketing.

Marketing yang bijak akan membantu kembangkan bisnes. Malah, marketing adalah skill utama yang perlu dikuasai kembangkan bisnes, tarik lebih ramai pelanggan, dan naikkan jualan.

Malangnya kebanyakan pemilik bisnes mempunyai marketing yang berterabur dan tidak tersusun – menyebabkan banyak potensi berkembang jadi terbantut.

Untuk mengelakkan bisnes kita selalu turun-naik dalam keadaan tertekan, anda mesti ada pelan marketing yang jelas dan fokus.

Siapa Yang Patut Join?

  • Ada produk / servis yang ada permintaan
  • Mahu scale-up bisnes
  • Terbuka untuk buat yang sedikit berbeza untuk dapatkan hasil lebih baik
  • Ada motivasi diri, bercita-cita tinggi, dan ingin capai lebih baik
  • Percaya dengan produk/servis sendiri dan ada integriti 

Apa Contoh Industri Yang Sesuai Dan Pernah Join?

  1. Bisnes offline seperti bengkel kereta, contractor rumah, plumber, butik, hotel dan travel, restoran, taska, dan lain-lain.
  2. Bisnes servis seperti perunding takaful, real estate negotiator (REN), penasihat kewangan, servis cuci rumah, servis cuci rumah, coach, cikgu tusyen, guru mengaji
  3. Bisnes profesonal seperti klinik, dentist, accountant, architect
  4. Bisnes online seperti e-commerce, food delivery

Ini Strategi Yang Anda Bakal Kuasai

1. Marketing Strategy

Setiap bisnes mesti ada strategi marketing menyeluruh, yang mengikat dan mengelakkan berterabur.

2. Brand Positioning

Positioning yang betul akan menarik pelanggan yang tepat. Yang selalu membeli dan memuji. Menarik prospek yang sukar membeli tidak akan membantu.

3. Online Marketing

Strategi online marketing yang bijak,  memanfaatkan channel terkini akan penyebaran pada khayalak ramai dan membina customer base yang besar.

4. Offline Marketing

Terlalu banyak bisnes yang abaikan offline marketing. Ia antara tempat terbaik untuk dikuasai, memandangkan kebanyakan pesaing tidak.

5. Sales Strategy

Usaha marketing akan lebih berbaloi dengan sales strategy. Ia membuatkan pelanggan rasa seperti difahami dan lebih mudah membeli.

6. Automasi

Teknologi dapat bantu bisnes kita berjalan dengan lebih efisyen. Banyak tools di luar sana untuk memperbanyakkan hasil.

Program Ni Macamana?

Marketing Meletup adalah program langkah-demi-langkah yang membantu pemilik bisnes dapat bimbingan pelbagai strategi marketing yang paling efektif.

Program ini mengikuti prinsip, framework dan strategi yang sudahpun terbukti berkesan pada ribuan perniagaan seluruh dunia. Matlamat program ini adalah membantu anda implement strategi yang menghasilkan pulangan besar, dan memberi anda kuasa dan ilmu untuk kembangkan perniagaan dengan sukses.

Ini Cara Anda Akan Kuasai Marketing Dalam Program Ini

1

Meeting Mingguan Online Untuk Review Setiap Kempen Marketing Anda Selama 12 Bulan

2

Akses Pada Modul Video Marketing Meletup Yang Menggariskan Strategi Utama

3

Akses ke bahan marketing terbukti seperti template copy & paste, framework, funnel, strategi, software/app, dll.

4

Akses ke Group Sokongan Whatsapp selama 12 bulan

5

Marketing Mastery Members Area – Dimana dalam members area ini, anda akan dapat 6 EXTRA marketing courses yang power-power

6

Bantuan dan sokongan Branding, Design, Website dan Automasi dengan harga istimewa ahli

Apa Kata Orang?

"Sekarang inbox fb saya berjela-jela orang PM walaupun hari ni orang cuti tahun baru. Saya masih tak berhenti reply diorang ni sejak malam tadi. Dah cool down nanti saya akan share balik. Terima kasih banyak sifu"
Ahmad Fuad
"Terima kasih banyak sifu harini 100% betul-betul cuci kepala 'think out of the box'. Beribu sudah habis belajar dekat luar tapi stuck, harini baru jumpa sifu yang betul. Thank you sifu"
Rosmah Beddu
"Selalu fikir nak bagi yang murah-murah je. Harga antara RM90+. Tak berani nak letak ribu-ribu... Alhamdulillah lepas betul faham tentang offer, saya buat offer RM2500 untuk buat 1 android app. Harini customer dah bayar 50% untuk start project."
Tuan Salleh

FAQ Marketing Meletup

Program Marketing Meletup mendidik dan bantu strategi marketing terbukti yang telah membantu ribuan pemilik bisnes yang mahu berkembang. Ia program langkah-demi-langkah selama 12 bulan yang membantu anda implement kempen marketing yang memberi impak supaya menarik lebih ramai pelanggan, dan meletakkan brand pada lebih ramai orang. Marketing yang bagus adalah yang menyeronokkan dan menggembirakan pelanggan. Ia tidak membosankan, licik atau mengganggu.

Semua yang dikongsi di Marketing Meletup telah terbukti menghasilkan hasil berganda. Program ini telah dibangunkan oleh usahawan yang berjaya dan ber-anugerah. Kami pegang tangan dan tunjukkan satu per satu secara berstruktur. Setiap bulan akan memperkukuhkan bulan seterusnya apabila anda mengamalkan prinsipnya dalam bisnes anda.

Anda akan lihat hasil berganda, lebih ramai pelanggan, dan dengan mesej brand yang lebih jelas, fokus dan bermakna.

Ia BUKAN program yang menjanjikan jutaan ringgit sambil menghirup teh-o-ais di tepi pantai sambil pakai baju tidur.

Kalau anda sudahpun menjual produk atau servis yang ada permintaan, program ini membantu anda capai lebih ramai pelanggan dan naikkan jualan.

Jika anda belum ada bisnes dan belum tahu bagaimana menambah nilai, program ini belum sesuai untuk anda.

Jika anda menjual produk/servis yang tidak beretika dan tidak memberi nilai, ia juga tidak sesuai dengan anda.

Jika anda seseorang yang berfikiran terbuka, dan sanggup mendepani perubahan untuk capai hasil yang lebih baik, program ini akan menjadi sangat bernilai kepada bisnes dan juga pada diri anda sebagai indiviu.

Nak dengar dari  ahli Marketing Meletup?

Di atas FAQ ini terdapat kisah sukses bisnes yang memberi inspirasi. Ramai sudah gandakan profit 2 kaliganda – 3 kaliganda. Ada juga yang berjaya hasilkan jualan lebih konsisten secara berulang. Dan ramai yang telah berjaya kembalikan keseronokkan dan ke-asyikkan dalam berniaga setelah sekian lama stress dan hilang kepercayaan diri.

Kalau…

  1. Anda ada produk atau servis untuk dijual
  2. Produk atau servis anda memberi nilai pada pelanggan
  3. Anda yakin dengan produk/servis sendiri…

…maka prinsip dan strategi marketing yang dikongsi dalam Marketing Meletup akan berkesan untuk anda.

Anda akan dapat feedback, cadangan dan nasihat kempen yang khusus untuk bisnes anda.

Program ni ada 2 level untuk memenuhi keperluan anda. Pertama, bayaran penuh di mana anda akan jimat yuran tahunan. Kedua, adalah bayaran ansuran selama 8 bulan untuk membantu cash flow anda.

Bayaran penuh RM3,500
Ansuran mudah 12 x RM379

Kami juga ada level premium yang termasuk pakej pembinaan website, automasi whatsapp, email marketing,kempen viral, dan lain-lain.

4 silibus utama Marketing Meletup adalah berbentuk rakaman video & kami akan bagi anda akses seumur hidup. Jadi anda boleh belajar ikut jadual sendiri dan tak perlu terkejar.

Hanya sesi Weekly Activity Review (WAR) yang akan dijalankan LIVE setiap minggu. Kalau anda juga tidak berpeluang untuk join WAR ini, tiada masalah kerana kami akan sediakan rakaman Zoom dan anda boleh akses dalam portal e-learning kami nanti.

Kami taknak janjikan bulan & bintang. Tapi bagi peserta yang kalau betul-betul follow & beri komitmen, biasanya memang akan dapat result lebih dari jangkaan.

Dalam silibus utama Marketing Meletup, terdapat 4 modul.

Setiap modul berdurasi sekitar 2 Jam.

Manakala bagi sesi Weekly Activity Review (WAR) juga selama 2 Jam setiap minggu.

Maka, jumlah durasi yang disarankan untuk anda komit hanya 4 Jam seminggu.

Tak perlu risau. Kalau anda tidak berpeluang untuk join WAR ini, tiada masalah kerana kami akan sediakan rakaman Zoom dan anda boleh akses dalam portal e-learning kami nanti.

Sukses akan makan masa.

Ia makan masa untuk laksana strategi marketing yang mampan dan ia perlukan pembaikan berterusan. Matlamat kami adalah untuk memberi impak besar pada bisnes anda, bukan hanya menaikkan beberapa spike dalam jualan. Kami bantu laksana kempen berbeza sepanjang 12 bulan tersebut supaya anda akan kuasai marketing selepas tamat program.

Kami amat yakin dengan keberkesanan program ini, sebab itu kami berani beri jaminan 100% Moneyback Guarantee – kalau anda tak dapat sekurangnya 30% peningkatan jualan dalam masa 90 hari, kami akan fully refund yuran yang anda telah bayar.

Tiada risiko pada anda. Biar kami yang tanggung segala risiko.

Boleh klik ‘button’ Whatsapp di bawah untuk buat permohonan & perunding kami akan review kesesuaian bisnes anda.

Kami juga ada sediakan sokongan branding, design, website & automasi.

Sebagai ahli Marketing Meletup, anda juga dapat gunakan khidmat agency kami dengan harga istimewa ahli. Jika anda perlukan website, atau setup automasi marketing – boleh berhubung di Hotline kami untuk kenalpasti keperluan anda.

100% tiada kos tambahan. Tak perlu risau.

Perunding kami akan bantu anda untuk dapatkan akses ke portal e-learning kami & juga anda akan diberi panduan “Quick Start Guide” untuk memudahkan proses permulaan pengembaraan anda bersama kami.

Anda juga akan terus dapat akses masuk ke Group Tertutup Eksklusif Alumni Marketing Meletup di Whatsapp.

Ada beberapa sebab segelintir peserta gagal & putus asa di pertengahan jalan :

  1. Tak yakin dengan proses & mahukan result serta-merta.
  2. Tiada komitmen sepenuh hati.
  3. Tidak berani buat tindakan.
  4. Tidak mahu berkongsi masalah dihadapi.

Kami akan cuba sedapa upaya untuk bantu setiap peserta, namun peserta juga harus persiapkan mental & fizikal untuk bersama kami dalam pengembaraan 12 bulan.

Sekiranya pelan marketing anda telah konsisten mengalirkan leads setiap hari, jualan meningkat setiap bulan, dan mempunyai profit margin yang sihat, maka program Marketing Meletup ni mungkin bukan untuk anda.

Featured In :

Download
close-link
DOWNLOAD PERCUMA

Ketahui Rahsia Rancang Strategi Marketing Supaya Jelas & Fokus!

Tak perlu lagi bazir masa dan wang Isi nama, email dan phone anda di bawah
DOWNLOAD SEKARANG
close-link