
Kami Membantu Perniagaan Terjejas
Covid-19
Industri Restoran
Pandemik ini menyebabkan pengurangan orang makan di dalam retoran. Apabila PKP dan tetamu tidak dibenarkan makan di dalam kedai, mereka terpaksa menggunakan "Food Delivery".
Malangnya "delivery service" seperti FoodPanda dan GrabFood mengenakan komisyen hingga 30% pada industri makanan dan minuman.
Peniaga kecil juga amat sukar keluar di carian teratas aplikasi "delivery service", dan tenggelam di bawah timbunan francais besar.
Ini menyebabkan industri makanan mengalami masalah kekuatan tunai.
Industri Pelancongan
OTA seperti booking.com dan agoda akan keluar di carian atas. Pemilik property terpaksa memberikan diskaun yang besar, availability bilik yang banyak dan konsisten dan beberapa syarat lain supaya keluar pada listing OTA.
Bukan sahaja itu, tetapi OTA juga mengenakan caj komisyen yang tinggi yang sudah pun tipis keuntungan daripada tuan hartanah.
Anda Seorang Pengguna?
Baca bagaimana anda boleh bantu industri ini
Tahukah anda apabila anda buat carian hotel di Google, dan anda buat booking, statistik menyatakan lebih 60% tidak tahu mereka sedang membeli dari OTA dan bukannya "beli terus".
Tahukan anda apabila anda beli makanan melalui FoodPanda atau GrabFood, peniaga yang menjual makanan kepada anda itu sedang dapat keuntungan yang amat nipis sekali, dan tidak berbaloi dengan kerja keras mereka.
Bantu industri restoran dan industri pelancongan dengan "BELI TERUS" dari mereka.