Program Kami

Mentoring Rapat Untuk Pemilik Bisnes

Antara bisnes yang paling sesuai mengikuti program kami adalah pemilik bisnes yang sudah lebih 3 tahun operasi dan sudah mempunyai staff sendiri.

Program flagship kami adalah Marketing Meletup, di mana ia program mentoring rapat selama 12 bulan untuk memperkemaskan marketing online, offline, branding dan positioning untuk menggandakan net profit.

Anda digalakkan join program Mudahnya Marketing LIVE selama 2 jam dulu sebelum komit ke programmentoring  Marketing Meletup selama 12 bulan.

Kelas DIY Untuk Beginner / Newbie

Jika anda masih baru dalam bisnes, program yang paling sesuai untuk anda adalah Kelas DIY kami. Ia merupakan online course terbukti untuk mendapatkan impak besar dengan melakukan aktiviti kecil yang tidak menggunakan masa yang banyak.

Sila lihat program kami yang percuma, dan juga yang berbayar yang tidak membebankan bajet anda.

Workshop Topik Khusus

Untuk menguasai beberapa topik khusus, kami juga menganjurkan workshop 1-2 hari.

Antara workshop khusus yang kami anjurkan adalah:

  • Shogun Email (email marketing untuk bina hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan dengan ROI paling tinggi)
  • Whatsapp Marketing (automasi marketing database whatsapp jika anda mempunyai team jualan sendiri)
  • Viral Marketing (kempen khusus untuk launch produk baru melalui contest yang menyeronokkan, dan ingin penyebaran mulut-ke-mulut yang terancang melalui Facebook, Whatsapp, Messenger dan Twitter. Menggunakan software viral yang proven.
  • Merancang Funnel (workshop ini khusus untuk merancang lead magnet, front end product, flagship product dan back-end product – dengan tujuan menarik audiens tepat dan maksimakan keuntungan anda dalam perjalanan mereka bersama anda)
  • Surat Cinta (workshop ini khas bagi mereka yang ingin maksimakan hubungan rapat dengan pelanggan dan mencapai target 40%-70% repeat order. Melalui pelbagai jenis surat yang dipos ke rumah customer)

VIP Day

VIP Day adalah program khusus untuk syarikat anda semata-mata untuk implement satu strategi marketing impak besar. Seluruh team anda digalakkan hadir, dan tidak akan ada syarikat luar yang mengikuti program yang sama.