Hari Raya Haji 2022 dan Kegawatan Ekonomi

Saya tak kira apa media cakap.

 

Kita sedang SEDANG dalam kemelesetan. Tanda-tandanya jelas. Dan saya cuba nak sampaikan kaitannya dan kepentingan Hari Raya Haji tahun ini.

 

Inflasi dah meroket. Majikan sedang lepaskan pekerja. Pembeli dah takut berbelanja.

 

Ini menyebabkan pemilik b’isnes juga panik. Ia menghantui diri. Lepas ke bayar sewa dan gaji?

 

 

Cuba tengok Consumer Confidence Index ni.

 

Dah mula jatuh. Tak lama lagi akan sama level semasa pandemik mula-mula ‘hit’ dulu.

 

Ini satu benda paling penting yang kita perlu jelas dulu…

 

…kita kena yakin rezeki bukannya datang dari bisnes kita , usaha kita dan kerjaya kita.

 

Ia datang dari yang Maha Kaya.

 

Oleh itu, jangan tutup kemungkinan bahawa rezeki itu boleh datang dari arah yang tak disangka-sangka.

 

Banyak kali berlaku pada saya. Tunggang langgang laksanakan pelbagai projek demi nak cari jalan keluar.

 

Tapi rupanya, rezeki bukan datang dari usaha itu. Rupanya dia datang dari sumber lain, dan datang dengan begitu laju hinggakan tak bersedia.

 

Dulu apabila Siti Hajar ditinggalkan seorang bersama anaknya Nabi Ismail… rezekinya terputus.

 

Makanan tiada. Air pun tiada.

 

Maka Siti Hajar pun tinggalkan Nabi Ismail di tepi Kaabah sambil berlari-lari banyak kali antara Bukit Sofa dan Bukit Marwah mencari air.

 

Diingatkan ada air, tapi rupanya fatamorgana.

 

Penat berulang alik…kepenatan atas usahanya.

 

Tapi tengok-tengok, Telaga Zam-Zam rupa-rupanya hanya di Kaabah tempat Nabi Ismail ditinggalkan.

 

Begitu lah juga kita yang sedang putus rezeki kadang-kadang kehulur kehilir macam hilang punca.

 

Hilang segala keyakinan solusinya ada. Tapi sebenarnya di depan mata.

 

Saya harap kita bukan golongan yang gantung ayat seribu dinar dalam frame, dan tunggu keajaiban yang tak disangka-sangka.

 

Ia perlu diamalkan. Dihayati. Dengan penghayatan level berbeza. Sebelum mujarab, kita kena siapkan diri dulu. Alamat kena tepat.

 

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

 

Pengorbanan Nabi Ibrahim ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar kerana Nabi Ibrahim telah tunggu berpuluh-tahun untuk mempunyai seorang anak.

 

Semua ini untuk menguji kesyukuran.

 

Semoga kita semua bersabar dan bersyukur dalam menempuh fasa kesukaran.

 

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf zahir dan batin.

 

p/s – dalam kemelesetan, p’embeli hanya akan beli dari orang yang mereka percaya, dan beli apa yang mereka perlu. Jika anda m’enjual pada ‘cold audience’ – anda akan terkesan. Anda mesti mula kuasai database m’arketing – dan tukar database jadi peminat setia. Anda juga kena rombak balik off’er anda pada mereka. Setakat B’eli 2 p’ercuma 1 dah tak mencukupi. Kami ada program untuk kuasai 2 strategi ni. Klik sini untuk info program tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *